"But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not." (Al-Baqarah 2:216)

V.V.I.P

Translate

Sunday, April 8, 2012

Ujian Allah itu "Tailor Made"



"Huh? What do you mean?"

"Yalah, macam baju, kalau beli di kedai , tentu takkan mengikut bentuk badan kita yang sebenar.Tapi kalau di'tailor-made'kan, tentulah akan secocok dengan tubuh badan kita, sehingga menepati segala lekuk anggota kita.Ujian Allah itu juga begitu.Ia tailor-made untuk semua hamba-Nya.Tidak ada seorang mendapat ujian yang sama." 

"Untuk apa Allah beri kita semua ini?" Begitu tanyaku pada seorang saudara perempuanku yang amat berhikmah.

"Kerana, ramai orang akan terkesan dengan tarbiyah peristiwa, yang Allah dah aturkan untuk dirinya. Lain orang, lain ujiannya, dan kesemua itu Allah datangkan untuk memperbaiki diri kita dan menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ini."

Dia meneruskan.''Allah akan berterusan memberikan ujian sehinggalah pada satu masa, hamba-Nya itu takkan dapat minta pertolongan pun daripada manusia. Dan semua manusia takkan dapat menolong dia pun. Sehinggalah hamba-Nya itu akan hanya berpaling dan meminta pertolongan dari Dia sahaja.''

Begitulah jirusan taujihatnya kepadaku.

Dan dia berbicara sambil mengenangkan juga ujian yang dihadapinya, walaupun tidak dikongsikannya kepadaku. Dan kami tahu, betapa ramainya lagi akhawat yang menanggung ujian yang bukan sedikit, semenjak berkenalan dengan bumi dakwah yang sebenar yakni bumi Malaysia.

Sehinggakan Allah, mahu kita muhasabah balik diri kita, dan betulkan semula niat kita, setiap kali kita melangkah.Benarlah, ujian Allah pada setiap seorang dari kita adalah 'tailor-made'.Engkau dan aku, ujian kita tidak akan sama.Sebab Allah, nak memperbetulkan kelemahan kita itu.Selagi mana kita masih ada kelemahan, ataupun terjebak dengan dosa, Allah akan datangkan ujian, yang menyingkapkan kelemahan kita. Agar kita kembali kepada Dia dengan memperbetulkan diri kita dan menjadikan diri kita lebih baik daripada semalam.

Selagi mana kita tidak mempertingkatkan selagi itu Allah akan uji pada titik kelemahan kita.

Subhnaallah.



Biodata penulis:
Nur Aisyah Zainordin merupakan seorang doktor di Royal Alexandra Hospital, Paisley, Scotland. Penulis yang berasal dari Gombak ini merupakan graduan perubatan dari University of Dundee dan kini merupakan Timbalan Presiden Majlis Syura Muslimun cawangan Scotland. Beliau aktif dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan di United Kingdom dan Ireland.

Thursday, April 5, 2012

"Dik, lama-lama nanti, biasalah"

Saya perempuan kampung yang keluarganya miskin. Saya juga perempuan yang bukan sahaja miskin harta, malah miskin ilmu agama, dan saya berjodoh dengan lelaki yang ini. Lelaki yang saya tidak mampu ceritakan dengan hanya satu baris kata-kata.

Pinangan.

Saya ingat lagi hari itu, pada ketika ibu dengan wajah yang tersenyum tidak biasa, datang kepada saya dan berbisik, “Kamu sudah dipinang orang.”

Saya ingat lagi perasaan itu, perasaan seperti buah jambu muda yang tiba-tiba jatuh lalu masuk ke dalam telaga yang gelap, dan terapung-apung di atas air yang tawar. Ya, begitulah perasaannya. Pada satu sisi, berasa ngeri jatuh ke dalam telaga yang gelap, namun pada satu sisi yang lain berasa nyaman kerana diri terapung-apung pada lembut air yang dingin.

Saya tidak kenal lelaki itu, tidak tahu nama dan tidak tahu rupanya bagaimana. Tetapi kata ibu, “Selepas ibu dan ayah, lelaki itu adalah orang yang mampu menjaga kamu dengan sangat baik.”

Itulah pesan ibu yang saya bawa pada hari pertama melihat wajah lelaki itu, selepas akad nikah. Dan saya ingat lagi perasaan itu, saya seperti buah jambu yang diangkat dari telaga lalu diletakkan di atas dulang emas. Sempat jugalah menitik air mata.

Saya ingat juga, pada kali pertama berdua-duan, saya cuma tunduk dan pada ketika lelaki itu mengangkat dagu saya, wajah saya merah, dan dia berkata, “Malu?” Saya cuma diam dan terus tunduk.

Dia tersenyum dan pada ketika itulah, untuk pertama kalinya saya mendengar kata-kata yang akan saya dengar dan ingat sampai bila-bila, “Dik, lama-lama nanti biasalah.”

Lalu tahulah saya, lelaki itu cuma seorang buruh yang kerjanya membina bangunan di bandar. Dan pada pertama kali saya melangkah masuk ke rumah sewanya yang sempit di flet tingkat 20, dia berkata, “Maaf, dik. Rumah kita sempit. Lama-lama nanti biasalah.”

Saya menjawab, “Rumah sempit tidak mengapa asalkan tetap ada abang, tetapi cuma satu yang saya takut,” kata saya lalu memandang ke arah tingkap.

“Apa, dik?” Dia menghampiri.

Saya memegang erat lengannya lalu berkata, “Saya takut tinggi.”

Dia tersenyum dan merapat lalu berkata, “Dik, lama-lama nanti biasalah.”

Anak.

Saya ingat juga, pada kali pertama dia dengan wajah yang tersenyum lebar berkata, “Mari saya tunjukkan kamu sesuatu.”

Tidak sempat saya berkata apa-apa terus tangan saya ditarik dan dengan megah dia menunjukkan saya sesuatu yang sangat dia banggakan.

“Motosikal untuk kita,” katanya lalu sekali lagi menuntun tangan saya, dan saya tidak tahu bagaimana, saya sudah membonceng di belakangnya sambil memeluknya erat-erat.

“Saya takut,” kata saya pada ketika motosikal itu melaju.

“Dik, lama-lama nanti biasalah.”

Pada ketika saya mengalami muntah-muntah teruk kerana mengandungkan anak yang pertama, dia tidak pernah merungut membasuh muntah saya yang terkadang terlepas di atas tilam, di lantai, dan terkadang di depan pintu.

Waktu itu, dengan hati yang sangat bersalah saya berkata, “Abang, maafkan saya. Maaf buat abang susah-susah begini.”

“Dik, tidak ada apa yang susah. Lama-lama nanti biasalah.” Dan kata-katanya itu membuatkan saya semakin cinta kepada lelaki itu.

Pada ketika anak pertama lahir, pada ketika terpaksa berjaga malam, dia turut ikut bersama berjaga bagi memujuk si anak yang hanya tahu menangis. Dan dengan lembut, pada ketika jam sudah menunjukkan tiga pagi dia berkata, “Dik, lama-lama nanti biasalah.”

Tudung.

Saya tidak tahu, bagaimana pada hari itu dia datang membawa sebungkus plastik hitam dan memberikan kepada saya, dan pada ketika saya membukanya, ada lima helai tudung berlainan warna di dalamnya. Dia dengan tersenyum berkata, “Malangnya nasib kamu, dik, bersuamikan orang jahil seperti abang. Ternyata selama ini abang gagal mendidik kamu menjadi perempuan yang sepatutnya kamu jadi. Mujurlah kata ustaz, tidak ada yang terlambat selagi kita masih bernyawa.”

Lalu sebagai isteri yang sayangkan suami, sejak itu saya tidak lagi mendedahkan rambut, cuma pada ketika hari panas dan saya mengadu dia berkata, “Dik, lama-lama nanti biasalah. Di dunia ini apa sahaja yang lama-lama, kita akan biasa. Berbeza di akhirat, lama-lama di syurga membuatkan kita tidak pernah puas, dan berlama-lama di neraka membuatkan kita semakin sakit. Jadi, di dunia ini, lama-lama nanti biasalah.”


Pada ketika itu juga, lelaki itu mula rajin solatnya. Sekiranya selama ini, dia cuma solat Jumaat, dan kini dia tidak lagi meninggalkan solat fardunya. Saya dengan penuh lembut dipujuk ikut sama bersolat dengan dia, dan pada ketika ada waktunya saya terlihat malas-malas, dia berkata, “Dik, lama-lama nanti biasalah.”

Sejak hari itu, selain waktu uzur saya, saya tidak sesekali meninggalkan solat saya. Cuma tetap ada satu pertanyaan dari dahulu yang saya simpan, mengapa ayah menerima pinangan seorang buruh? Dan pada malam itu, soalan saya terjawab.

Buruh.

Seperti malam-malam lainnya, selepas kami berdua pulang dari kelas mengaji, kami akan duduk di ruang tamu sambil berbicara dan pada ketika itulah saya bertanya soalan itu.

“Bagaimana abang, meyakinkan ayah saya bagi menerima pinangan abang?” soal saya sambil teringat masa lalu.

“Abang tidak tahu, tetapi menurut ayah kamu, semua lelaki yang baik-baik di kampung sudah mempunyai isteri. Dan sebagai keluarga yang miskin dan rendah taraf kerana tidak berpendidikan tinggi dalam ilmu dunia mahupun agama, agak sukar anak gadisnya dipinang lelaki yang baik-baik. Jadi ayah kamu mencari lelaki yang berpotensi menjadi lelaki yang baik. Kebetulan pada ketika itu juga abang menyuarakan hasrat hati kepada ibu mahu beristeri. Lalu ibu pun mencari dan ketemulah dengan kamu.”

“Berpotensi menjadi lelaki baik? Bagaimana ayah tahu abang berpotensi?” tanya saya sambil tersenyum tidak percaya.

“Kata ayah kamu, dia menerima abang kerana dia melihat abang sangat menghormati orang alim. Tidak kira imam, guru agama, bilal, dan sesiapa sahaja. Pesan ayah kamu, 'Kita ini orang jahil. Bagus sikap kamu menghormati orang alim, tetapi jangan berhenti di situ. Bercampur-campurlah dengan orang alim dan belajar daripada mereka. Lama-lama nanti biasalah kita dengan cara mereka. Lama-lama nanti, kita pun jadilah seperti mereka'.”

Malam itu tahulah saya, daripada mana lelaki yang saya sayangi itu memperoleh ilham bagi kata-kata, “Dik, lama-lama nanti biasalah.”

Sudahnya, saya tersenyum malu-malu.

Cinta.

Namun, tidak ada perkara yang terkecuali dalam dunia ini sekiranya ia melibatkan pedih hati. Malah pada kata-kata, “Dik, lama-lama nanti biasalah.” Juga membuatkan saya sentiasa pilu dan menangis dalam diam.

Takdir Tuhan, pada ketika anak-anak sudah besar, bernikah dan kami mempunyai cucu. Pada ketika kami sudah berpindah taraf daripada golongan miskin menjadi kelas menengah, pada ketika uban sudah memenuhi kepala, dan pada ketika bahagia sudah hampir sempurna, pada ketika itulah Tuhan memberi ingat, tidak ada yang kekal di dunia ini, baik derita mahupun bahagia.

Lelaki itu, suami yang sangat saya sayangi, atas sebab kecelakaan dia terbaring di katil hospital. Menangislah saya dengan sedu-sedan dan pada ketika itulah dia berkata, “Semua orang akan mati, dik.”

Saya tidak mampu berkata apa-apa selain terus membiarkan air mata yang berbicara.

“Janganlah menangis lama-lama. Ingat Allah masih ada. Abang pun sedih memikirkan kamu akan sendiri nanti, tetapi apa daya abang, dik. Pada ketika kamu sendiri nanti, ingatlah, dik, lama-lama nanti kamu biasalah.”

Itulah pesan terakhir dan pertama yang saya rasakan tidak benar, “Dik, lama-lama nanti kamu biasalah.” Walaupun sudah hampir sepuluh tahun, saya masih tidak biasa. Malah, saya tidak akan pernah biasa biarpun untuk seribu tahu. Ternyata, kata-kata itu juga tetap ada pengecualian.

Siang malamlah saya berdoa, semoga di syurga nanti, lelaki yang saya sayangi itu berkata kepada saya dengan kata-kata yang sama, “Dik, lama-lama nanti kamu biasalah.”

karya: 
http://dingin.blogspot.com/2012/04/dik-lama-lama-nanti-biasalah-sebuah.html

Tuesday, April 3, 2012

Kisah Pemuda Ikhlas dan Syaitan

Dalam Kitab Minhajul Qasidin, Ibnu Qudamah al-Maqdisy sempat mencatatkan sebuah kisah yang mahsyur mengenai keikhlasan. Kisah ini diriwayatkan oleh al-Hassan. Ayuh kita hayati kisah ini dan mengambil ibrah daripadanya.

Pada zaman dahulu ada sebatang pokok yang disembah oleh orang ramai, seorang lelaki pergi kepadanya dan berkata, "Aku akan menebang pokok ini." 

Dia pun pergi bagi menebang pokok itu. Di pertengahan jalan, dia terjumpa syaitan yang menjelma sebagai seorang lelaki, dan berkata kepadanya, "Apa yang engkau ingin lakukan?"           

Dia menjawab, "Aku ingin menebang pokok ini yang disembah selain Allah taala." 

Syaitan berkata, "Jika kamu tidak menyembahnya, apakah mudarat kepadamu jika orang lain menyembahnya?" 

Lelaki itu berkata, "Aku tetap menebangnya." 

Syaitan itu berkata kepadanya, "Adakah kamu mahu perkara yang lebih baik lagi daripada melakukan perkara ini? Jangan tebang itu dan kamu akan mendapat sebanyak dua dinar yang terletak di bawah bantalmu setiap pagi." 

Lelaki itu berkata, "Siapa yang akan bagi?" 

Syaitan berkata, "Aku." Dia pun pulang ke rumah dan keesokan paginya, dia mendapati ada dua dinar di bawah bantalnya.

Pagi seterusnya, dia mengangkat bantal tetapi tidak menjumpai apa-apa. Serta merta dia menjadi marah dan berazam mahu menebang pokok itu semula.

Syaitan kembali menjelma di hadapannya dalam bentuk yang serupa dan berkata, "Apa yang kamu mahu lakukan?"

Dia berkata, "Aku ingin menebang pokok ini yang disembah selain Allah taala." 

Syaitan berkata, "Kamu bohong, kamu tidak akan mampu menebangnya." 

Lalu lelaki itu mara ke depan untuk menebang, tiba-tiba syaitan itu memukulnya hingga jatuh tersungkur, lantas mengcekik sehingga hampir membunuhnya. 

Kemudian syaitan berkata kepadanya, "Kamu tahu siapa aku? Aku adalah syaitan." 

Syaitan berkata lagi, "Kali pertama kamu datang untuk menebang pokok itu kamu memang marah kerana Allah dan ketika itu aku tidak boleh mengalahkan kamu.  Dengan dua dinar, aku berjaya menipu kamu dan kamu tidak jadi menebangnya. Apabila kamu kembali untuk kali kedua, ketika itu kamu marah kerana dua dinar tersebut.  Oleh sebab itulah, aku berjaya mengalahkanmu." 

Muhasabah Pemuda tersebut adalah pelambangan diri kita sebagai hamba Allah, kedua-dua sifat itu maujud dalam diri kita yang serba daif ini.

Kita mungkin sahaja seorang yang ikhlas pada awalan babak namun berakhir dengan sebaliknya, atau sahaja mungkin kita bermula dengan terpaksa namun akhiran adalah keikhlasan dan kelazatan iman yang membuak-buak.

Nauzubillah.


dipetik dari : http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4420-kisah-pemuda-ikhlas-dan-syaitan.html

Thursday, September 29, 2011

For those who are crying right now..

People cry, not because they are weak...

It's because they've been strong for too long.

Wednesday, August 10, 2011

Saturday, July 16, 2011

Community Service : Medical Camp at Wat Machimmaram

15 July 2011

I joined Medical Camp held at Wat Machimmaram (Sitting Buddha Premises), jointly organized by Sri Sathya Sai Baba Centre, Recreational and Adventure Family Team & Persatuan Kebudayaan India as a volunteer yesterday.














Saturday, May 14, 2011

Takdir

Tika cemas menyelubungi diri
Membuakkan rasa yang tidak senang
Fikiran bercelaru tiada bertenang
Pandangan kelam sekalian alam

Apa dia harus percaya
Pada suatu takdir yang dia tidak terduga
Pada bahagia yang ada di seberang
Rupanya harus meniti sebuah derita

Pada Yang Maha Kuasa dipanjatkan doa
Semoga diberikan petunjuk yang jelas
Semoga jalan di hadapan mampu dilalui
Dengan penuh iman dan ketakwaan.



Sunday, April 3, 2011

Ranting di ladang gandum

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......






Thursday, March 31, 2011

Adab Uz-Zifaf

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya."

3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor,sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling." 4. "Wahai Ali..!
janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."

5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta ->iaitu anak."

6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina."

7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua."

8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala."

9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak."

10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat."

11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'AidilFitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua."

12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."

13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung - direct) dan terkena warna (cahayanya),kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati."

14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,"

15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah."

16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan."

17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya."

18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."

19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."

20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas."

21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allahs.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran :

"Innal Mubazziriina kaanu - ikhwan Nas - Syayathin."

22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."

23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat."

ANJURAN BERJIMA'

24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah : "Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."

25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah(Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada' dan Qadar Allah)."

26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Selasa,Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : 'Anla ilahaillallah wa anna Muhammadaar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya)bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba."

27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim."

28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia."

29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah."

30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari Jumaat,selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal,masyhor dan alim."

31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),"

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."... ..1*

(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.



 *hanya berkongsi e-mail yang diforwardkan ke inbox gue.








Tuesday, March 29, 2011

The reason

.
.
.
I don't need any reason
I don't have to find even one

Just keep believing
For what I feel inside