Hari Jumaat lepas kuar makan ngan kawan-kawan zaman sekolah menengah. Kawan-kawan sejak Tingkatan 1, tak ramai pun semuanya 7 orang jer, tak seramai majlis re-union yang aku anjurkan pada malam raya lepas (gambar akan diupload kemudian).
Lokasi pilihan kali ini adalah di Captain T Restaurant. Sebuah restoran dalam kapal yang terletak di tepi sungai bersebelah dengan pasaraya Tesco.
![]() |
| Pandangan dari luar |
![]() |
| Sahabat yang paling nakal zaman sekolah, sekarang dah bergelar guru pun |
Bab dekorasi memang hebat, tapi bab masakan sangat failed. Kat sini boleh order lauk berasingan yang berharga mengikut size sama ada S, M atau L... tapi size S pun dah boleh makan untuk 4 orang, harganya RM30. Malam tu sebab kami berkumpul pun hampir jam 10 malam, so kami order masakan bergoreng.
nasi goreng, mee goreng, kue tiau goreng, semuanya berharga RM10 sepinggan
jus buah RM8
minuman panas RM4.50
air milo ais RM5.50
Tapi bagi aku masakan dia failed sebab tak ada rasa, dan lauknya hanyalah seekor udang. Dalam nasi/kuetiau goreng tu cuma ada fishball yang dikerat dan juga telur hancur.
Memang sangat hampeh kan?




