"But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not." (Al-Baqarah 2:216)

V.V.I.P

Translate

Tuesday, April 3, 2012

Kisah Pemuda Ikhlas dan Syaitan

Dalam Kitab Minhajul Qasidin, Ibnu Qudamah al-Maqdisy sempat mencatatkan sebuah kisah yang mahsyur mengenai keikhlasan. Kisah ini diriwayatkan oleh al-Hassan. Ayuh kita hayati kisah ini dan mengambil ibrah daripadanya.

Pada zaman dahulu ada sebatang pokok yang disembah oleh orang ramai, seorang lelaki pergi kepadanya dan berkata, "Aku akan menebang pokok ini." 

Dia pun pergi bagi menebang pokok itu. Di pertengahan jalan, dia terjumpa syaitan yang menjelma sebagai seorang lelaki, dan berkata kepadanya, "Apa yang engkau ingin lakukan?"           

Dia menjawab, "Aku ingin menebang pokok ini yang disembah selain Allah taala." 

Syaitan berkata, "Jika kamu tidak menyembahnya, apakah mudarat kepadamu jika orang lain menyembahnya?" 

Lelaki itu berkata, "Aku tetap menebangnya." 

Syaitan itu berkata kepadanya, "Adakah kamu mahu perkara yang lebih baik lagi daripada melakukan perkara ini? Jangan tebang itu dan kamu akan mendapat sebanyak dua dinar yang terletak di bawah bantalmu setiap pagi." 

Lelaki itu berkata, "Siapa yang akan bagi?" 

Syaitan berkata, "Aku." Dia pun pulang ke rumah dan keesokan paginya, dia mendapati ada dua dinar di bawah bantalnya.

Pagi seterusnya, dia mengangkat bantal tetapi tidak menjumpai apa-apa. Serta merta dia menjadi marah dan berazam mahu menebang pokok itu semula.

Syaitan kembali menjelma di hadapannya dalam bentuk yang serupa dan berkata, "Apa yang kamu mahu lakukan?"

Dia berkata, "Aku ingin menebang pokok ini yang disembah selain Allah taala." 

Syaitan berkata, "Kamu bohong, kamu tidak akan mampu menebangnya." 

Lalu lelaki itu mara ke depan untuk menebang, tiba-tiba syaitan itu memukulnya hingga jatuh tersungkur, lantas mengcekik sehingga hampir membunuhnya. 

Kemudian syaitan berkata kepadanya, "Kamu tahu siapa aku? Aku adalah syaitan." 

Syaitan berkata lagi, "Kali pertama kamu datang untuk menebang pokok itu kamu memang marah kerana Allah dan ketika itu aku tidak boleh mengalahkan kamu.  Dengan dua dinar, aku berjaya menipu kamu dan kamu tidak jadi menebangnya. Apabila kamu kembali untuk kali kedua, ketika itu kamu marah kerana dua dinar tersebut.  Oleh sebab itulah, aku berjaya mengalahkanmu." 

Muhasabah Pemuda tersebut adalah pelambangan diri kita sebagai hamba Allah, kedua-dua sifat itu maujud dalam diri kita yang serba daif ini.

Kita mungkin sahaja seorang yang ikhlas pada awalan babak namun berakhir dengan sebaliknya, atau sahaja mungkin kita bermula dengan terpaksa namun akhiran adalah keikhlasan dan kelazatan iman yang membuak-buak.

Nauzubillah.


dipetik dari : http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4420-kisah-pemuda-ikhlas-dan-syaitan.html

No comments:

Post a Comment