"But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not." (Al-Baqarah 2:216)

V.V.I.P

Translate

Wednesday, August 29, 2012

JJCM : Captain T Restaurant

Hari Jumaat lepas kuar makan ngan kawan-kawan zaman sekolah menengah.  Kawan-kawan sejak Tingkatan 1, tak ramai pun semuanya 7 orang jer, tak seramai majlis re-union yang aku anjurkan pada malam raya lepas (gambar akan diupload kemudian).

Lokasi pilihan kali ini adalah di Captain T Restaurant.  Sebuah restoran dalam kapal yang terletak di tepi sungai bersebelah dengan pasaraya Tesco.

Pandangan dari luar



Sahabat yang paling nakal zaman sekolah, sekarang dah bergelar guru pun




Bab dekorasi memang hebat, tapi bab masakan sangat failed.  Kat sini boleh order lauk berasingan yang berharga mengikut size sama ada S, M atau L... tapi size S pun dah boleh makan untuk 4 orang, harganya RM30.  Malam tu sebab kami berkumpul pun hampir jam 10 malam, so kami order masakan bergoreng.

nasi goreng, mee goreng, kue tiau goreng, semuanya berharga RM10 sepinggan

jus buah RM8
minuman panas RM4.50
air milo ais RM5.50

Tapi bagi aku masakan dia failed sebab tak ada rasa, dan lauknya hanyalah seekor udang.  Dalam nasi/kuetiau goreng tu cuma ada fishball yang dikerat dan juga telur hancur.

Memang sangat hampeh kan?


Sunday, August 19, 2012

My homemade roti jala


I made my own roti jala.  My first time.  Lucky, it's good!







Sunday, August 12, 2012

JJCM : Restoran Four Season

Tarikh  :  11 August 2012
Tempat : Restoran Four Season, Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu (berhampiran pusat Celcom)
Harga  :  depends berapa jenis lauk yang kita ambil, kire pakej la.  Semalam aku amek 5 jenis lauk, harganya RM90, diberikan pilihan sama ada air bandung, jagung atau soya, dan juga sepinggan kuih-muih.


Sotong celup tepung
Masak nyonya

Udang mentega
Shark fin soup

Bagi aku, amat menyelerakan.  Pengunjung sentiasa penuh.  So, saper yang berhajat nak pergi eloklah booking dulu 

(^_^)

 



JJCM : Hotel Ridel. Kota Bharu

Date : 9 August 2012
Place : Hotel Ridel, Kota Bharu
Price : RM35 per person (buffet), if more than 10 persons, can get free for 1 person.


Penulis bersama rakan-rakan sekuliah
 

Ada yang berchenta lak kat sini :)
 



Overall, aku bagi 1 bintang jer la..sebab hari tu makan kat Hotel Riverview RM74 nett per person tapi mewah dengan makanan dan sangat-sangat sedap tapi kat Hotel Ridel ni dengan separuh dari bayaran tu apa pun tak sedap.. walaupun mereka offer daging kambing bakar, tapi daging yang dihidangkan sangat liat dan keras.  Kuih muih pun tak banyak, dan paling melucukan rojak buah hanyalah buah-buah jeruk dari Thailand.  betul-betul tak puas hati.





Monday, August 6, 2012

JJCM : Meggi Ketam, Relax Cafe, Pasir Pekan

Relax Cafe
 
Semalam x ada ketam besar...huhu
Peralatan untuk makan ketam...nyum nyum

Lokasi  :  Relax Cafe
Alamat  :  Kutan, Pasir Mas (actually masih di area Pasir Pekan)
Tunjuk arah   :  Dari Jambatan Sultan Yahya Petra (jambatan yang depan Tesco tu), jalan terus  kemudian bila sampai di roundabout, ambil sebelah kiri, jalan ke Pasir Mas.  Nanti akan jumpa Perodua sebelah kanan (dah boleh perlahankan kenderaan anda).  Perhatikan sebelah kanan kedai yang nampak kemerah-merahan, di sebelahnya ada madrasah.
Menu utama  :  Meggi Ketam
Harga   :   RM5 per gram (boleh request nak makan yang harga berapa)

Semalam, selepas selesai berbuka puasa dan solat maghrib di rumah, dalam jam 8.30 malam, aku dan my BFF, Ida keluar makan lagi.  Kali ini lokasi kami adalah ke Kutan sebab Ida tak pernah makan meggi ketam.  Aku dah 3-4 kali rasa meggi ketam kat sini.

Semasa pesanan diambil, pelayan memang akan tanya kita nak makan ketam yang harga berapa.  So, aku mintak yang harga RM25 sepinggan sebab biasanya ketam dah cukup besar untuk harga tu tapi malangnya semalam bekalan ketam mereka dalam harga belasan ringgit sahaja, saiznya sedang-sedanglah tapi ok kot sebab perut aku masih kenyang sebab dah baham nasi beriani semasa berbuka. Ketam yang digunakan adalah ketam nipah, lebih banyak isi dan lebih lazat.

Sementara menunggu pesanan tiba, tauke kedai tu datang berbual dengan kami.  Dulu, masa aku datang pun dia layan jugak.  Biasanya dia bagi tunjuk ajar macammana nak guna peralatan tu.

Selain meggi ketam, kedai ni macam kedai lain jugak ada masakan panas.  Kedai ni tak besar tapi cukup cantik dan romantik dengan warna merahnya tu.  Kedai ni gred A tau...kebersihannya amat dijaga rapi. Semasa berbual dengan tauke dia, aku ada bertanya tentang hari raya nanti.  Katanya kedai akan dibuka pada hari raya ketiga.

My BFF, Ida sangat puas hati.  Balik dengan perut yang kenyang.  Kemudian, kami singgah di Pasar Borong Wakaf Che Yeh.  Walaupun pasar borong ni taklah jauh dari rumah aku, tapi aku jarang pergi sebab susah nak parking.  Kat sini ada jual makanan, buah, sayuran, pakaian siap, kain pasang, batik, tudung dan macam-macam lagi.  Ianya dibuka selepas maghrib sehinggalah awal pagi.



So, kalau datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang, bolehlah singgah di 2 tempat yang best ni

 (^_^)





Saturday, August 4, 2012

# Sahabat

Penulis di majlis perkahwinan sahabat ketika di universiti dulu


Sahabat itu ada 3:

1) seperti makanan - bermanfaat 

2) seperti ubat - jarang-jarang diperlukan

3) seperti penyakit - yang perlu kita elakkan 



Friday, August 3, 2012

JJCM : Village View, Bangi









Actually ni gambar-gambar lama.  Sajer upload teringin nak buat blog Jalan-jalan Cari Makan.  Manalah tahu ada yang tercari-cari tempat makan.

Dulu, aku ngan bebudak rumah aku suka bebonar pegi makan kat Village View yang terletak di Bangi ni.  Masa tu aku stay kat Putrajaya, jadi memang selalu pegi makan kat Bangi.  Putrajaya cuma ada Taman Warisan jerlah tempat makan yang best.

Banyak perkara yang aku boleh bagi bintang untuk kedai ni, antaranya:

1- Harga
2- Decoration (memang cantik)
3- Parking yang luas
4- Pelbagai jenis makanan (Masakan panas, barat, sate, makanan laut)
5- Tauke kedai ni orang Kelantan, begitu jugak dengan pekerja-pekerjanya.  So, aku punya ramai adik angkat kat sini.  Senang nak adjust2 makanan suh cepat hidang.







JJCM : Buffet Ramadhan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu

Daging kambing masak blackpepper..memang terbaik!

Dessert dia bagi aku failed la...2, 3 jenis jer yg sedap


Nyesal x amek nasi banyak, sedappp!

Makannya 4 orang jer, tp gaya cam 10 orang


 
 
 

Tempat    :   Hotel GrandRiverview, Kota Bharu
Jarakmasa  dari airport   :  Dalam 20 minit
Harga       :   RM74 nett per person

Semalam berbuka kat Hotel GrandRiverview.  Sajer jumpa my buddy, Ida sebab sekarang dia bertugas di UiTM Shah Alam. Naik pangkat kene pindah ler... 

Pilihan makanan memang banyak dari nasi yang bermacam lauk-pauk, kek, kuih muih dari traditional sampai ke moden, ada spagethi jugak, ada mee sup, macam-macam lah.

Selain hotel ni, hotel lain yang aku suka makan sebab sedap adalah Renaisance Hotel dan jugak Hotel Ridel.  Berselera!





 

Thursday, August 2, 2012

Community Service : Kampung Talang, Kadok

12 May 2012

For Personal Development course.  Involved all students from BBA Finance, UiTM Kota Bharu

Di depan dewan Kg Talang

Penulis bergambar di tengah tali air

Para pelajar sibuk mengemas rumah

Penulis sedang mencuba bakat

Cabut rumput yo!


Menyampaikan sedikit sumbangan






Community Service : Perkampungan Orang Asli, Post Brooke, Gua Musang







"Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima"