"But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not." (Al-Baqarah 2:216)

V.V.I.P

Translate

Monday, August 6, 2012

JJCM : Meggi Ketam, Relax Cafe, Pasir Pekan

Relax Cafe
 
Semalam x ada ketam besar...huhu
Peralatan untuk makan ketam...nyum nyum

Lokasi  :  Relax Cafe
Alamat  :  Kutan, Pasir Mas (actually masih di area Pasir Pekan)
Tunjuk arah   :  Dari Jambatan Sultan Yahya Petra (jambatan yang depan Tesco tu), jalan terus  kemudian bila sampai di roundabout, ambil sebelah kiri, jalan ke Pasir Mas.  Nanti akan jumpa Perodua sebelah kanan (dah boleh perlahankan kenderaan anda).  Perhatikan sebelah kanan kedai yang nampak kemerah-merahan, di sebelahnya ada madrasah.
Menu utama  :  Meggi Ketam
Harga   :   RM5 per gram (boleh request nak makan yang harga berapa)

Semalam, selepas selesai berbuka puasa dan solat maghrib di rumah, dalam jam 8.30 malam, aku dan my BFF, Ida keluar makan lagi.  Kali ini lokasi kami adalah ke Kutan sebab Ida tak pernah makan meggi ketam.  Aku dah 3-4 kali rasa meggi ketam kat sini.

Semasa pesanan diambil, pelayan memang akan tanya kita nak makan ketam yang harga berapa.  So, aku mintak yang harga RM25 sepinggan sebab biasanya ketam dah cukup besar untuk harga tu tapi malangnya semalam bekalan ketam mereka dalam harga belasan ringgit sahaja, saiznya sedang-sedanglah tapi ok kot sebab perut aku masih kenyang sebab dah baham nasi beriani semasa berbuka. Ketam yang digunakan adalah ketam nipah, lebih banyak isi dan lebih lazat.

Sementara menunggu pesanan tiba, tauke kedai tu datang berbual dengan kami.  Dulu, masa aku datang pun dia layan jugak.  Biasanya dia bagi tunjuk ajar macammana nak guna peralatan tu.

Selain meggi ketam, kedai ni macam kedai lain jugak ada masakan panas.  Kedai ni tak besar tapi cukup cantik dan romantik dengan warna merahnya tu.  Kedai ni gred A tau...kebersihannya amat dijaga rapi. Semasa berbual dengan tauke dia, aku ada bertanya tentang hari raya nanti.  Katanya kedai akan dibuka pada hari raya ketiga.

My BFF, Ida sangat puas hati.  Balik dengan perut yang kenyang.  Kemudian, kami singgah di Pasar Borong Wakaf Che Yeh.  Walaupun pasar borong ni taklah jauh dari rumah aku, tapi aku jarang pergi sebab susah nak parking.  Kat sini ada jual makanan, buah, sayuran, pakaian siap, kain pasang, batik, tudung dan macam-macam lagi.  Ianya dibuka selepas maghrib sehinggalah awal pagi.



So, kalau datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang, bolehlah singgah di 2 tempat yang best ni

 (^_^)





2 comments:

  1. penah pegi sekali.tp makan ketam je sebab xsuka makan meggi

    ReplyDelete
  2. saya pun kurang gemar meggi tp sebab suka try makanan, time makanmeggi ketam, makan jerla semuanya...hehe

    ReplyDelete