"But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not." (Al-Baqarah 2:216)

V.V.I.P

Translate

Saturday, March 13, 2010

Jodoh

Salam buat semua..

Tahun ini, 2010 usiaku genap 27 tahun.  Pastinya ke mana sahaja saya melangkah soalan yang sama akan diajukan "Bila nak kahwin?".  Dulu, mungkin saya tidak kisah dengan soalan ini tapi bila terlalu kerap diajukan, saya rasa kecil hati kerana soalan itu akan disambung "Itulah, memilih sangat...".  Astarafirullahala'zim...subhanallah. Saya ingin sekali tanya kepada mereka tatkala mereka belum berkahwin dulu, mereka dah pun tau ke tarikh mereka akan kahwin? tentu sekali tidak, malah ada yang langsung tidak menduga jodoh mereka..samalah seperti saya.  

Setiap orang inginkan yang terbaik untuk diri mereka.  Saya kira memilih jodoh yang terbaik itu tidak salah cuma ianya menjadi salah jika memilih tidak kena pada tempatnya.  Sukar untuk saya jelaskan pendirian saya tentang jodoh..yang pasti saya juga ada usaha, dan selebihnya saya tawakkal dan redha pada ketentuanNya.  

Jodoh ibarat satu jambatan..jika pendek jambatan itu, maka cepatlah seseorang itu sampai kepada jodohnya. Jika panjang, jauhlah sedikit perjalanannya untuk ke seberang.  Ada orang yang jodohnya pada awal 20an, dan mungkin ada lewat 30an...mungkin Allah memberikan orang yang lewat jodohnya lebih masa untuk dirinya menghambakan diri pada yang Maha Esa.  Apa sahaja yang diberikan olehNya tentu ada hikmah yang tersembunyi.
Buat masa ini, pada tarikh saya menulis, saya masih bersendirian.  Saya tidak ralat kerana saya percaya akan janjiNya.  Saya tidak mahu menyesal dikemudian hari kerana terlalu mendesak diri dek kerana tidak tahan desakan orang sekeliling.  Benar, ada yang meluahkan hajat dihati kepada saya..tetapi kadangkala soalnya hati sukar diduga.  Saya cuma mengharapkan agar Allah membukakan pintu hati saya pada orang yang betul.

Seorang teman yang bekerja di Arab, Faizolizan memberitahu saya, doa yang mudah makbul adalah doa yang precise.  Dia mencadangkan saya satu doa..dan bagi saya cukup istimewa untuk saya amalkan.  
"Ya Allah, sekiranya berkahwin itu baik bagiku dan agama Mu, maka permudahkanlah.  Ya Allah, aku ingin berkahwin pada tahun 2010"....dan saya telah berdoa sejak dia memberikan saya doa itu.  Terima kasih sahabat. Mengenali seorang sahabat yang sangat baik dan banyak berkongsi ilmu dengan saya.  Semoga kehidupan Faizol sekeluarga dirahmati Allah sentiasa.

Sejak peristiwa sedih bulan lepas, saya banyak berfikir. Pada awalnya saya kerap tertanya "kenapa semua ni jadi begini?" tapi bila saya renung renungkan, itulah doa saya selama ini, supaya hubungan kami diberikan petunjuk yang sejelas-jelasnya...dan petunjuknya sangat sangat jelas..kenapa saya perlu mempersoalkannya?  Dan saya pilih untuk redha...  saat ini, ketika ini saya berjalan di jalan yang sangat lurus.  Saya tidak mahu memikirkan apa yang saya tidak ada, tetapi fikir apa yang saya ada....saya gembira dengan rezeki yang Allah kurniakan.

Jodoh saya? Biarlah masa yang menentukan...saya percaya Allah Maha Mendengar...

7 comments:

  1. Illi nadiah ibrahimMarch 13, 2010 at 1:03 AM

    InsyaAllah ko Akan bertemu jodoh yg terbaik sm2 kite doakn. Janji Allah tetap tertunai.. Hanya tetapkn dirimu dinjalan yg benar diredhai Allah Dan keberkatan hidup mesti dipohon dr kedua org tua kite.
    Mohon amount dn maaf pd ibu dn ayah. N keberkatan tuhan pasti bersama kite. InsyaAllah. Allah maha berkuasa Dan mampu mmbalikkn hati seseorg hambaNya dlm sekelip mata. Hanya doa mampu merubah nasib seseorang. Itulah senjata kite umat Islam! Teruskan berdoa! Syg ko!

    ReplyDelete
  2. i support u shie!

    -ehsanZ-

    ReplyDelete
  3. Luahan hati yg menarik sekali untuk ditatap dan direnung..semoga Allah memberkati anda selalu....


    -AzyAzrul-

    ReplyDelete
  4. shie,

    totally agreed! salam ziarah, shie kenal lagi dop ore, azam smk kota? btw,iA semoga ALLAH pertemukan dengan yg terbaik, amin (",)

    ReplyDelete
  5. InsyAllah,Kalau Jodoh dah sampai, akan ditemukan jua.Cuma kena berusaha gak la.Jodoh tak datang bergolek kan.Usaha,Tawakal dan Jodoh dari Allah

    POKKU UitM
    www.teratakz.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. insyaallah.......

    "dan sesungguhnya,kami akan memberi balasan kepada oang yang sabar dengan PAHALA yang lebih besar dari apa yang mereka kerjakan" (surah al-nahl)

    ReplyDelete
  7. Shie.. insyallah.. Allah S.W.T mendengar setipa DOA hambanya...

    ReplyDelete