"But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not." (Al-Baqarah 2:216)

V.V.I.P

Translate

Showing posts with label Hidup. Show all posts
Showing posts with label Hidup. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Cita-citanya mahu jadi si Puteh!

Teringat sewaktu aku mengikuti Program Khidmat Masyarakat di perkampungan orang asli, Post Brooke, Gua Musang.  

Saat dikelilingi oleh anak-anak orang asli, aku bertanya kepada mereka,

"Dah besar nanti adik nak jadi apa?"

Aku membayang-kan jawapan mereka adalah menjadi guru, kerana hidup mereka cuma sekolah dan rumah.  Tetapi aku terkejut, saat salah seorang daripada mereka menjawab,

"Nak jadi macam kakak....putih"

Terdiam.  Lucu, sedih bercampur baur.  Bila pulak aku ni putih?  Akal ligat memikirkan satu jawapan buat mereka.

"Kalau nak jadi macam kakak, adik kene belajar rajin-rajin.  Biar pandai"

Sebak.










Sunday, February 6, 2011

Si Tua dan Beca

Pada persimpangan itu
Di mana aku berhenti dan terlihat
Seorang tua dengan becanya
Tangan kemas memegang
Kaki gagah menongkat

Saat semua motokar laju menghambat
Si tua terkial-kial mengayuh beca-nya
Memaksa urat-urat tua menekan pedal
Supaya tiada tertinggal
Tiada menyusahkan yang lain

Agaknya bagaimana hidupnya hari ini
Keluar mencari rezeki pada fajar menjelma
Dan kembali pulang setelah fajar menyising
Berapa duitkah si tua bawa pulang
Demi berapa mulutkah yang perlu bersuap?

Dan aku yang masih di persimpangan
Sedang enak mendengar lagu
Juga mendinginkan tubuh
Di dalam sebuah kotak yang dinamakan kereta

Sedangkan si tua itu sedang berpanas
Entah berapa keringat yang telah dia tumpahkan
Demi sesuap nasi anak-anak dan isteri

Aku tiada daya membantu
Selain doa supaya si tua selamat tiba di rumah
Merasa sejuk dada tatkala isteri menyambutnya pulang
Merasa bahagia bila anak-anak tidur kekenyangan

Semoga sahaja akan ada lagi pagi esok
Untuk si tua dan becanya mencari rezeki
Semoga sahaja panas mentari
Menambahkan keberkatan rezeki si tua.



p/s: melihatkan si tua itu, membuatkan penulis terkenangkan arwah datuknya yang telah lama pulang ke Rahmatullah.  Al-Fatihah.







Thursday, February 3, 2011

Langkah tiada bertatih

Kanan dan kiri
Coba memula langkah
Hati-hati, perlahan-lahan
Bukan tiada berbunyi
Tetapi beringat sentiasa

Ini bukanlah masa bertatih
Pada jalan yang telah lama berlopak
Basah dan licin
Tiada siapa tahu di mana penghujungnya

Panas atau hujan
Langkah itu tiada berhenti
Terkadang tersadung
Pada batas-batas yang menghalang

Itukan cuma sedikit
Tiada terkesan apa
Tiada...

Saturday, March 13, 2010

Jodoh

Salam buat semua..

Tahun ini, 2010 usiaku genap 27 tahun.  Pastinya ke mana sahaja saya melangkah soalan yang sama akan diajukan "Bila nak kahwin?".  Dulu, mungkin saya tidak kisah dengan soalan ini tapi bila terlalu kerap diajukan, saya rasa kecil hati kerana soalan itu akan disambung "Itulah, memilih sangat...".  Astarafirullahala'zim...subhanallah. Saya ingin sekali tanya kepada mereka tatkala mereka belum berkahwin dulu, mereka dah pun tau ke tarikh mereka akan kahwin? tentu sekali tidak, malah ada yang langsung tidak menduga jodoh mereka..samalah seperti saya.  

Setiap orang inginkan yang terbaik untuk diri mereka.  Saya kira memilih jodoh yang terbaik itu tidak salah cuma ianya menjadi salah jika memilih tidak kena pada tempatnya.  Sukar untuk saya jelaskan pendirian saya tentang jodoh..yang pasti saya juga ada usaha, dan selebihnya saya tawakkal dan redha pada ketentuanNya.  

Jodoh ibarat satu jambatan..jika pendek jambatan itu, maka cepatlah seseorang itu sampai kepada jodohnya. Jika panjang, jauhlah sedikit perjalanannya untuk ke seberang.  Ada orang yang jodohnya pada awal 20an, dan mungkin ada lewat 30an...mungkin Allah memberikan orang yang lewat jodohnya lebih masa untuk dirinya menghambakan diri pada yang Maha Esa.  Apa sahaja yang diberikan olehNya tentu ada hikmah yang tersembunyi.
Buat masa ini, pada tarikh saya menulis, saya masih bersendirian.  Saya tidak ralat kerana saya percaya akan janjiNya.  Saya tidak mahu menyesal dikemudian hari kerana terlalu mendesak diri dek kerana tidak tahan desakan orang sekeliling.  Benar, ada yang meluahkan hajat dihati kepada saya..tetapi kadangkala soalnya hati sukar diduga.  Saya cuma mengharapkan agar Allah membukakan pintu hati saya pada orang yang betul.

Seorang teman yang bekerja di Arab, Faizolizan memberitahu saya, doa yang mudah makbul adalah doa yang precise.  Dia mencadangkan saya satu doa..dan bagi saya cukup istimewa untuk saya amalkan.  
"Ya Allah, sekiranya berkahwin itu baik bagiku dan agama Mu, maka permudahkanlah.  Ya Allah, aku ingin berkahwin pada tahun 2010"....dan saya telah berdoa sejak dia memberikan saya doa itu.  Terima kasih sahabat. Mengenali seorang sahabat yang sangat baik dan banyak berkongsi ilmu dengan saya.  Semoga kehidupan Faizol sekeluarga dirahmati Allah sentiasa.

Sejak peristiwa sedih bulan lepas, saya banyak berfikir. Pada awalnya saya kerap tertanya "kenapa semua ni jadi begini?" tapi bila saya renung renungkan, itulah doa saya selama ini, supaya hubungan kami diberikan petunjuk yang sejelas-jelasnya...dan petunjuknya sangat sangat jelas..kenapa saya perlu mempersoalkannya?  Dan saya pilih untuk redha...  saat ini, ketika ini saya berjalan di jalan yang sangat lurus.  Saya tidak mahu memikirkan apa yang saya tidak ada, tetapi fikir apa yang saya ada....saya gembira dengan rezeki yang Allah kurniakan.

Jodoh saya? Biarlah masa yang menentukan...saya percaya Allah Maha Mendengar...