"But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not." (Al-Baqarah 2:216)

V.V.I.P

Translate

Sunday, June 6, 2010

Kalau Kita Tak Ada Kasut, Ada Yang Tak Punya Kaki!


Setiap daripada kita pasti pernah dan akan melalui saat-saat sukar dalam hidup kita.  Sebenarnya ianya bukanlah apa sangat.  Tetapi entah kenapa di saat-saat kita menghadapi kesukaran itu, kita tidak pernah mengukurnya dengan kegembiraan yang pernah kita lalui.  Kita asyik mengeluh, dan rasa susah setiap masa walhal telah terlalu banyak kesenangan dan kegembiraan yang telah kita rasa sebelum ini.  Kesedihan atau kesukaran sekarang hanyalah secebis kudis dalam kehidupan kita.

“Hari-hari makan nasi berlaukkan ayam goreng”
Ingatlah ada yang cuma makan nasi kosong...

“Teringin nak pakai branded cam orang lain tapi tak mampu”
Ingatlah ada yang cuma mengutip baju yang orang lain tak pakai.

“Kenapalah aku hidup sendirian tak berteman seperti yang lain?”
Anda lupakah saat anda pernah berteman suatu ketika dulu, ada anda fikirkan orang lain ketika itu? Atau anda cuma melayan dunia anda berdua sahaja?

Hidup inikan ibarat roda, jika anda rasa susah pujuklah diri anda semua ini sekejap sahaja.  Akan ada hari esok, akan ada sinar, akan ada pelangi...  seperti yang pernah saya sebutkan sebelum ini, bersedihlah pada kadar yang sepatutnya.

Pagi ini saya terbaca rencana hasil karya Jehan Miskin (rujuk Pancaindera, 6 Jun 2010 ms 7) tentang pengalamannya di Pakistan.  Dia terkejut apabila dia membuang botol air mineral ke tanah, seorang budak si situ telah memungut botol itu dan meminum baki air tersebut sehingga titisan terakhir, juga penduduk di situ berebut-rebut apabila Jehan dan Fazura membahagikan roti.  Betapa kebulurnya mereka.

Begitu juga pengalaman Jehan ketika menyertai rombongan Kembara Mingguan Malaysia, bagaimana kanak-kanak yang kurang upaya bersungguh-sungguh membuat persembahan untuk tetamu yang datang.  Tentang seorang ibu buta berbangsa India dan seorang anaknya yang cuma tinggal di dalam rumah sebesar bilik tidur kerana rumah asalnya telah dibakar oleh samseng yang telah memancung anak lelakinya.

Anda?  Sibuk bersedih dek kerana cinta yang telah musnah.  Semua itu bukanlah apa-apa.  Kisah cinta saya juga tragis tetapi saya cepat bangun kerana saya berpegang pada prinsip “Andai rebah sekalipun, janganlah terus terduduk”.

Setiap apa yang kita lalui adalah pengalaman untuk mendewasakan fikiran.  Anggap sahajalah semua ini rencah kehidupan, atau satu peluang untuk kita membaiki kehidupan.  Kalau kita fikir kita tak ada kasut, ada yang tak punya kaki pun....

Bangkitlah...

No comments:

Post a Comment